Thursday, August 15, 2013

Siapa Pengasas Herbalife?


pengasas herbalife

Hai apa khabar semua...hari ini kami ingin menceritakan kisah hidup pengasas Herbalife...Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya pengasas Herbalife yang hebat ini..


Pengasas Herbalife

 


Pengasas Herbalife ini ialah bernama Mark. R Hughes ia diasaskan pada tahun 1980. Beliau terpanggil untuk mencipta produk melangsingkan badan yang selamat dan berkesan setelah ibu beliau meninggal dunia setelah gagal dalam usahanya untuk menguruskan badan.

Sejak dari itulah Mark. R Hughes mula mengabadikan dirinya untuk membantu masyarakat yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang lebih selamat dan berkesan.

Herbalife menggabungkan kuasa pembersihan dan penyembuhan herba dengan menggunakan sains nutrisi terkini. Ia seolah-olah seperti hadiah tuhan dari langit..


khasiat herbalife



Mark. R Hughes telah pergi ke negara China untuk belajar dengan para pakar herba supaya beliau boleh mencipta produk yang seboleh-bolehnya paling berkesan. Beliau tahu ini adalah satu-satunya cara untuk mencipta produk berkualiti tinggi yang telah secara hakikatnya menolong herbalife menjadi salah satu daripada peneraju pasaran pada hari ini.

Pada mulanya, beliau menjual produk herbalife dari bot keretanya. Disebabkan hasil produknya yang positif, banyak syarikat kewangan bersedia untuk membiayai perniagaan beliau. Herbalife kini menjadi syarikat multinasional. Produknya di hasilkan dari gabungan terbaik antara sains dan alam semulajadi. Walaupun beliau telah meninggal dunia, visinya yang ingin menjadikan herbalife di sajikan disetiap dapur di seluruh dunia telah diteruskan oleh Michael O Johnson iaitu bekas presiden Walt Disney.

Dengan menggunakan cogan kata syarikat, "Susutkan Berat Anda Sekarang, Tanyakan Saya Bagaimana", menjadi tema pemasaran pengedar, dengan cogan kata itu ditonjolkan secara besar-besaran pada media, risalah dan poster. 


sebelum dan selepas herbalife


sebelum dan selepas makan herbalife


herbalife sebelum dan selepas penggunaan


Herbalife adalah merupakan peneraju dalam pengurusan berat badan, anti penuaan, supplimen nutrisi, tenaga dan penjagaan diri termasuk kecantikan.

Herbalife juga disenaraikan di Bursa Saham New York dan beroperasi di lebih 65 buah negara serta baru memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006.Mempunyai lebih 50 juta testimonial bertulis dari lebih 40 juta pelanggan.

Herbalife memang sesuai diambil untuk semua masyrakat tidak kira orang tua, muda, anak-anak, ibu-ibu hamil, menyusui, orang sihat, orang sakit (seperti terencat akal, syndrom down pun boleh ambil herbalife ini) dan sebagainya.


herbalife malaysia

Herbalife di Malaysia

 

Kejayaan Bermula di Sini! Herbalife kini bertapak di Malaysia! 

Herbalife Malaysia kini mula beroperasi dan dibuka secara rasminya di Malaysia 21hb Januari 2006. Hari pembukaan bertambah meriah dengan kehadiran Ahli Kelab Chairman, para ahli Team Presiden, Ahli Team Jutawan serta ramai pengedar yang ghairah dan dinamik dari seluruh dunia. Ramai yang telah lama menjangka kemasukan Herbalife dalam pasaran Malaysia dan percaya Malaysia boleh memainkan peranan yang penting di rantau Asia Pasifik.




No comments:

Post a Comment